Projek khas GenX4: Shades, A to Z, KOOL dan Nico Shades (kumpulan muzik)

Pada tahun 2012, Shades dengan barisan anggota asal (kecuali Wan) bersama tiga lagi kumpulan penyanyi seangkatan mereka iaitu A to Z, KOOL dan Nico mengumumkan 'comeback' dan bekerjasama menghasilkan sebuah album khas yang mengandungi lagu-lagu popular mereka serta sebuah lagu baru yang berjudul Kerana Kasihmu. Lagu ini telah dijadikan runut bunyi kepada drama bersiri siaran TV3 yang berjudul Vanilla Coklat dan mula diminati ramai selepas itu.

Keempat-empat kumpulan ini juga telah menerima pencalonan Anugerah Industri Muzik 2012 bagi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu menerusi lagu tersebut.

Gambar bawah: Kumpulan GenX4 yang terdiri daripada Shades, A to Z, KOOL dan Nico.

Gambar atas: Shades mengadakan persembahan di Anugerah Industri Muzik 2012.